Sejak 2010

Mangga Harumanis Perlis

Tempahan Online Mangga Harumanis Original Gred A Eksklusif dari Negeri Perlis

Selamat Datang

Pengumuman penting: TEMPAHAN musim 2015 telah ditutup dan dibuka semula pada April 2016

Sebut sahaja Negeri Perlis, ramai yang akan mengaitkannya dengan Harumanis, sejenis mangga / mempelam yang subur di negeri utara tanah air sehingga menimbulkan keghairahan sesiapa sahaja untuk membelinya termasuk penduduk dari negeri lain. Walaupun harganya meningkat setiap tahun, orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata mahu membeli Harumanis. 

Harumanis merupakan sejenis buah yang popular dan hanya terdapat di negeri Perlis. Buahnya yang berbau harum dan isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak pasti menawan hati sesiapa saja yang mencubanya.

Musim Harumanis adalah sekitar hujung bulan April / awal Mei hingga awal Jun. Biasanya hasil buah sudah habis sebelum sempat memasuki bulan Jun. Ramai individu, penjual dan pengusaha restoran mengambil kesempatan ketika musim Harumanis untuk menikmati keenakan serta hasil jualannya.

Walau pun ramai yang cuba menanam pokok Harumanis di luar negeri Perlis, hasilnya tidak menjadi seperti tidak tumbuh subur, tidak berbuah, rasa tidak manis dan sebagainya. Ini kerana faktor cuaca dan tanah di negeri Perlis agak unik dan berbeza daripada negeri-negeri lain di Malaysia. Faktor ini menjadikan Harumanis amat istimewa di mana ia hanya benar-benar subur dan berbuah sangat manis di negeri Perlis sahaja.

Pihak kami tidak ketinggalan dalam menerima tempahan yang ingin merasakan keenakan dan keharuman mempelam ini yang hanya berbunga pada awal musim kemarau dan masak pada awal musim hujan. Pihak kami menjual mangga Harumanis dari Gred A iaitu buah yang berwarna kuning kemerahan (warna asli Harumanis) yang rasanya lebih enak dan manis sejak 2010 lagi.

Mengikut rekod musim-musim terdahulu, agak ramai yang tidak berpeluang menikmati buah Harumanis ini kerana permintaan melebihi pengeluaran lebih-lebih lagi pada akhir musim. Malahan, setiap tahun pihak kami terpaksa memulangkan kembali bayaran serta menolak tempahan pada akhir musim kerana kehabisan stok buah.


Oleh yang demikian, pihak kami mengambil inisiatif membuka

tempahan awal khas untuk anda yang berada di luar negeri Perlis bermula pada bulan Mac atau April setiap musim.

Rupa buah harumanis yang berbau harum serta kelihatan seperti lebam menandakan sudah ranum dan paling enak dimakan.

*Rujukan harga pasaran (1 kg):

Musim 2011 = RM16-18

Musim 2012 = RM17-20

Musim 2013 = RM20-30

Musim 2014 = RM23-35

Emel:

harumanisperlis.com@gmail.com
(Reply 24 jam)

Facebook:
(Reply 24 jam)

Untuk pertanyaan:
019-455 6525 
(SMS / WhatsApp sahaja - Reply 3 jam)